Thursday, December 17, 2009

Sejarah Asal usul Keningau

KENINGAU
Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Ibu Negeri Kota Kinabalu melalui Tambunan atau melalui Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun lapangan terbang keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.

ASAL USUL KENINGAU
Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut iaitu kaum Murut, mereka memanggilnya sebagai kayu keningau. Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau sehingga mewujudkan sebuah kampung seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Reff :
A. Hadi R. (2006). Asal Usul Keningau. Keningau: KB Publication Sdn. Bhd.(wikipedia)

4 comments:

Syidah said...

Artikel yang mantap dan berguna untuk kita mengenal sjarah Keningau. Teruskan!!

Unknown said...

Nama2 tempat dI daerah keningau ialah diambil dari asal usul sesuatu tempat contohnya kg Bunga Raya, menurut daripada cerita orang-orang tua kampung tersebut pada asalnya dipenuhi dengan rumput lalang Dan dinamakan kg paka, tetapi pada beberapa ketika apabila sudah ramai yang menorokah kg tersebut terdapat sebatang pokok bunga raya yg hidup dan pokok itu menjadi tempat persingghan orang kampung akhirnya nama pokok bunga raya tersebut di ambil untuk dijadikan nama kampung shinggalag hari ini

Unknown said...

Tqq

Anonymous said...

Fadhilah macam punya gambar telanjang